Terjemahan sumber pemerintah dalam talian yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) mula diperkenalkan pada 26 Jun sebagai sebahagian daripada projek rintis bagi memudahkan lebih ramai rakyat Singapura memperoleh maklumat.
Polyglot, widget di laman web Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), membolehkan pengguna melihat maklumat dalam empat bahasa rasmi Singapura, iaitu bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil.





