JAKARTA: Mahkamah Indonesia pada 30 Jun menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas Menteri Pendidikan, Nadiem Makarim, selepas mendapati beliau bersalah dalam kes rasuah berkaitan program perolehan komputer riba Chromebook untuk sekolah.
Nadiem, 41 tahun, yang juga pengasas bersama syarikat teknologi Gojek, turut didenda 1 bilion rupiah ($72,105) dan diperintah membayar ganti rugi 809.6 bilion rupiah.





