Suspek yang disyaki membekal kpod, Willy Poh, tiba di tempat letak kereta bertingkat di Compassvale Walk pada 30 Jun. Dia salah seorang daripada empat suspek yang ditahan Penguasa Sains Kesihatan (HSA), menyusuli siasatan HSA terhadap sindiket transnasional yang disyaki terlibat dalam membekalkan rokok elektronik. Ini kali pertama kes seumpama itu di Singapura.
SingapuraJun 30, 2026 | 7:00 PM

HSA siasat sindiket transnasional disyaki bekal Kpod; kes pertama seumpamanya di S’pura

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menyiasat sindiket transnasional yang disyaki terlibat dalam membekalkan rokok elektronik yang mengandungi bahan psikoaktif etomidate, atau dikenali sebagai Kpod, di bawah Akta Kawalan Tembakau dan Penguap (TVCA).

Dalam satu kenyataan pada 30 Jun, HSA menyatakan ini kali pertama kes seumpama itu berlaku di Singapura, menyusuli penangkapan empat lelaki semasa operasi penguatkuasaan pada 23 Jun yang...

Seorang anggota pasukan penyelamat Jordan mendukung seorang kanak-kanak yang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan selepas gempa bumi dahsyat melanda Venezuela, dalam gambar yang dirakam di Caracas pada 30 Jun 2026.
DuniaJul 1, 2026 | 12:05 PM

Venezuela berdepan krisis makanan, perlindungan ketika korban gempa cecah 2,000

CARACAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berjaya ditemukan hidup selepas enam hari tertimbus di bawah runtuhan akibat gempa bumi dahsyat di Venezuela, dalam satu detik yang disifatkan sebagai simbol harapan ketika angka korban terus meningkat menghampiri 2,000 orang.

Rakaman video yang tular menunjukkan anggota penyelamat bersorak kegembiraan ketika kanak-kanak itu, dikenali sebagai Klieber Moran, dikeluarkan dari runtuhan bangunan di...

Bekas plastik dan tong air yang dipercayai digunakan untuk menyembunyikan wang tunai serta emas dirampas pihak berkuasa Iraq dalam serbuan antirasuah di Tikrit, ketika pemerintah memperluas operasi membanteras rasuah membabitkan pegawai kanan dan ahli politik negara itu
DuniaJul 1, 2026 | 11:34 AM

Serbuan antirasuah Iraq bongkar simpanan wang, emas dalam bekas plastik; rampasan berbilion dinar

BAGHDAD: Pihak berkuasa Iraq dilaporkan menemui berbilion dinar Iraq dalam bentuk wang tunai dan sejumlah besar emas yang disembunyikan dalam bekas plastik di sebuah rumah di Tikrit, ketika pemerintah memperhebat operasi antirasuah terbesar negara itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut laporan media tempatan, pasukan keselamatan menemui sembilan tong air plastik berisi wang tunai, dengan setiap satu mengandungi kira-kira satu...

Bot melayari sungai di Melaka, Malaysia, sewaktu matahari terbenam.
Gaya hidupJul 1, 2026 | 11:33 AM

Asia kekal tumpuan utama pelancongan Muslim, S’pura teraju pasaran bukan OIC

Asia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat tumpuan utama bagi pelancongan Muslim, mencatatkan hampir 128 juta ketibaan pada tahun 2026, menurut laporan Indeks Pelancongan Muslim Global ke-11 yang dikeluarkan Mastercard dan CrescentRating baru-baru ini.

Didorong oleh ketersambungan serantau yang kukuh dan infrastruktur mesra Muslim yang mantap, Asia Tenggara telah muncul sebagai koridor utama bagi pelancong Muslim.

Anggota logistik mengendalikan ketibaan kenderaan taktikal di pangkalan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) berhampiran Gaza, ketika Lembaga Keamanan mempergiat persiapan penempatan pasukan multinasional bagi menyokong operasi keselamatan, bantuan kemanusiaan dan penstabilan di wilayah itu. Ketibaan aset operasi berkenaan dilihat sebagai langkah penting dalam persediaan misi antarabangsa di Gaza.
DuniaJul 1, 2026 | 10:34 AM

Lembaga Keamanan mula menempatkan pasukan antarabangsa di Gaza

GAZA: Lembaga Keamanan pada 30 Jun mengumumkan ketibaan kumpulan pertama “kenderaan taktikal” di pangkalan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di Jaluran Gaza, ketika persiapan logistik untuk penempatan pasukan multinasional di wilayah itu terus dipergiat.

Dalam kenyataan menerusi platform X milik syarikat media sosial Amerika Syarikat, lembaga itu berkata: “Kenderaan taktikal tiba di Kawasan Sokongan Logistik: Endurance.”

Chan Chun Sing, ingatkan warga Singapura, anggota SAF, agar berwaspada walaupun Singapura aman dan selamat.
SingapuraJul 1, 2026 | 5:31 AM

Chun Sing: Warga S’pura, anggota SAF harus kekal waspada meski negara aman

Walaupun Singapura diberkati dengan keamanan dan kesejahteraan, Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, mengingatkan warga Singapura, khususnya, anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) agar tidak terlalu selesa hingga lalai berwaspada.

Menjelaskan lebih lanjut dalam satu episod podcast, terbitan Berita Harian (BH), NoTapis, sempena Hari SAF yang jatuh pada 1 Julai, Encik Chan berkongsi bahawa SAF akan sentiasa melabur bagi peralatan dan...

Dua gempa besar gegar Venezuela, puluhan maut dan ratusan cedera
Play Video

140 keluarga terima agihan daging korban menerusi SalamSG
Play Video

Dari reban ke sawah: Anak ‘kota’ S’pura nikmati pengalaman unik di Pekan Nenas
Play Video

Kasih ibu bapa jadi ‘mata’ untuk anak yang lahir tanpa kelopak mata
Play Video

Nahas ‘rope jump’: Wanita maut terhempas kerana tali keselamatan tak dipasang
Play Video