KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis mewakili 51 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Parlimen Malaysia, bagi menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mantan Ketuanya, Tan Sri Azam Baki.
Kumpulan dinamakan Sekretariat #RCINOW, yang dahulunya dikenali sebagai sekretariat #TangkapAzamBaki, berarak kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Tugu ke Bangunan Parlimen...





