PEMAIN sayap berbakat Singapura, Farhan Zulkifli, bersedia membuka lembaran baharu dalam kerjayanya selepas sah menyertai juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors, dengan kontrak selama dua tahun menjelang musim 2026/2027.
Perpindahan pemain berusia 23 tahun itu hadir selepas beberapa musim cemerlang bersama Hougang United, apabila kelajuan, larian agresif serta keupayaannya melepasi benteng pertahanan lawan menjadikannya antara pemain sayap...





