BUKIT MERTAJAM: Seorang anggota polis maut, manakala tiga individu lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar sebiji tayar lori yang tercabut dan tercicir di Kilometer 140.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng, berkata kemalangan tragis itu berlaku kira-kira 6 pagi membabitkan sebuah kereta dan motosikal.





