BATU PAHAT: Lima teras utama telah digariskan sebagai agenda pembangunan kawasan Semerah, Batu Pahat, oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Encik Mohd Khuzzan Abu Bakar, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata Semerah mempunyai kedudukan strategik di pinggir bandar Batu Pahat yang berpotensi berkembang sebagai kawasan moden dan berdaya saing...





