GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2 Julai mengisytiharkan wabak hantavirus yang tercetus di atas kapal persiaran, ‘MV Hondius’, sudah berakhir selepas individu terakhir yang menjalani kuarantin disahkan negatif virus tersebut.
Wabak berkenaan sebelum ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa selepas menyebabkan tiga kematian dan menjangkiti sekurang-kurangnya 12 individu, selain satu lagi kes yang berkemungkinan.





