gelombang haba
DuniaJul 3, 2026 | 3:11 PM

Gelombang haba: Lebih 160j penduduk AS terjejas, ragut ratusan nyawa di Eropah

WASHINGTON: Gelombang haba ekstrem kini melanda Amerika Syarikat dan Eropah dengan suhu melampau menyebabkan ratusan kematian, sistem kesihatan tertekan serta pemerintah dikritik kerana didakwa gagal bersedia menghadapi krisis cuaca semakin buruk akibat perubahan iklim.

Di Amerika Syarikat, lebih 160 juta penduduk di 30 negeri kini berada di bawah amaran cuaca panas berbahaya ketika fenomena ‘heat dome’ atau kubah haba menyelubungi...

Pegawai GovTech yang terjejas dengan latihan penyusunan semula akan diberikan sokongan,  termasuk latihan semula untuk menggalas peranan baru dalam lembaga berkanun itu dan mencari peranan alternatif di agensi pemerintah yang lain.
SingapuraJul 15, 2026 | 7:21 PM

Sokongan diberi kepada pegawai GovTech yang terjejas dengan penyusunan semula

Pegawai Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) yang peranan kerjanya terjejas oleh latihan penyusunan semula yang dijalankan akan disediakan sokongan, termasuk latihan semula untuk menggalas peranan baru dalam lembaga berkanun itu dan mencari peranan alternatif di agensi pemerintah yang lain.

Bagaimanapun, bagi mereka yang diberhentikan kerja, pakej sokongan menyeluruh akan disediakan dengan kerjasama kesatuan, merangkumi sokongan kewangan dan peralihan, bimbingan kerja...

SingapuraJul 15, 2026 | 7:20 PM

Respons HDB terhadap laporan AGO

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengakui pemerhatian dalam laporan Pejabat Juruaudit Negara (AGO) yang merangkumi tempoh dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2025.

HDB berkata ia memandang serius penemuan AGO dan telah mengambil langkah segera untuk membetulkan penyelewengan yang dikenal pasti, dan memperkukuh proses dan kawalannya, bagi mengekalkan piawaian tadbir urus dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam pengurusan projek dan...

Pejabat Juruaudit Negara (AGO) berkata ia telah mengeluarkan sejumlah 136 penemuan audit dan menyampaikannya kepada badan yang diaudit melalui Surat Pengurusan.
SingapuraJul 15, 2026 | 7:20 PM

AGO temui kelemahan audit dalam entiti pemerintah

Pejabat Juruaudit Negara (AGO) mendapati beberapa kementerian, lembaga berkanun dan syarikat milik pemerintah mempunyai kecuaian dalam perakaunan, pengurusan dan penggunaan sumber awam mereka.

Dalam laporannya yang dikeluarkan pada 15 Julai, AGO berkata ia telah mengeluarkan sejumlah 136 penemuan audit dan menyampaikannya kepada badan yang diaudit melalui Surat Pengurusan.

SingapuraJul 15, 2026 | 7:19 PM

Respons MOH terhadap laporan AGO

Dalam kenyataannya pada 15 Julai, Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan bahawa institusi yang dimaksudkan dalam laporan Pejabat Juruaudit Negara (AGO) ialah bangunan Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS), yang disiapkan pada 2022, tetapi kerja-kerja perancangan bermula pada 2013.

MOH menekankan pasukan projek yang terlibat melakukan tugas mereka dengan baik dan tiada petunjuk salah laku yang disengajakan.

SingapuraJul 15, 2026 | 7:19 PM

Respons MOE terhadap laporan AGO

Kementerian Pendidikan (MOE) berkata ia menemukan e-mel kelulusan palsu berkaitan pelantikan pegawai semasa audit Pejabat Juruaudit Negara (AGO).

MOE berkata ia memandang serius perkara tersebut dan telah membuat laporan polis.

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video