Encik Muhammad Sufi Emmy Effandy, 19 tahun, berkata minatnya terhadap mereka bentuk landskap bermula sejak kecil apabila beliau membantu nenek dan ibunya menjaga tanaman di rumah.
SingapuraJul 7, 2026 | 9:45 PM

Pengalaman bantu nenek, ibu jaga tanaman putik bunga cinta pada dunia landskap

Minat Encik Muhammad Sufi Emmy Effandy terhadap reka bentuk landskap mula berputik di rumah, di mana beliau membesar dengan membantu nenek dan ibunya menjaga tumbuhan.

Beberapa tahun kemudian, pengenalan awal zaman kanak-kanak terhadap tumbuh-tumbuhan hijau itu telah berkembang menjadi minat dan nyala rasa lebih mendalam terhadap ruang luar, kelestarian dan reka bentuk landskap bagi penuntut yang kini berusia 19 tahun...

jamiyah, mother, award
SingapuraAug 29, 2026 | 9:04 PM

Dua ibu anak autisme yang sokong penjaga lain dinobat Ibu Teladan

Walaupun mempunyai anak autisme dan menghadapi pelbagai cabaran hidup, itu tidak pernah menjadi hambatan untuk dua ibu membantu penjaga lain yang mempunyai anak berlainan upaya.

Kededua ibu itu, Cik Punitha Tjia, 61 tahun, dan Cik Zoey Zuaswina Zupri, 36 tahun, masing-masing mempunyai anak autisme dan telah meluaskan usaha mereka untuk menyokong penjaga lain berdasarkan pengalaman mereka.

Walaupun berdepan dengan disleksia dan psoriasis, Muhammad Ahzaan Haqim Rahimee, 17 tahun, berjaya memperoleh gred A1 dalam mata pelajaran Matematik bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘N’ 2025. Peningkatan prestasinya yang membanggakan itu melayakkannya menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan di majlis Anugerah Tuisyen Bersama Badan Bantu Diri (SHG) di Politeknik Republic (RP) pada 29 Ogos.
SingapuraAug 29, 2026 | 8:56 PM

Psoriasis, disleksia tidak halang pelajar capai keputusan cemerlang

Sewaktu mengulang kaji, berulang kali tubuhnya terasa gatal. Ketika sedang tekun menulis nota, tiba-tiba tergaru-garu pula kerana kegatalan satu badan.

Begitulah yang dialami Encik Muhammad Ahzaan Haqim Rahimee, 17 tahun, sebagai seorang pelajar yang menghidapi penyakit psoriasis – sejenis penyakit autoimun yang mengakibatkan tompok-tompok pada kulit dan boleh mengakibatkan kegatalan.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mencuba basikal kayuhan tangan sandar semasa majlis pelancaran Hari Paralimpik di Angsana Green, East Coast Park, pada 29 Ogos. Turut bersama Encik Wong ialah (dari kiri) Presiden Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC), Dr Teo-Koh Sock Miang (berbaju merah); pelumba basikal para, Muhammad Nur Amsyar Abdemanaf; dan Mayor CDC South West, Cik Low Yen Ling.
SingapuraAug 29, 2026 | 7:53 PM

PM Wong tekan kepentingan bina S’pura lebih terangkum pada acara Hari Paralimpik

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menekankan kepentingan membina Singapura yang lebih terangkum, sedang pemerintah terus memperkukuh langkah untuk mencapai matlamat itu.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri acara Hari Paralimpik di Angsana Green, Taman East Coast, yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura (SNPC) pada 29 Ogos.

kewartawanan
SingapuraAug 29, 2026 | 7:34 PM

Pelajar program Mendaki kunjungi BH, selami dunia wartawan

Seramai 30 pelajar sekolah menengah daripada Program Pencapaian Mendaki (MAP) mengunjungi pejabat Berita Harian (BH) pada 29 Ogos untuk menyelami dunia kewartawanan dan media.

Mereka turut berpeluang beramah mesra dengan kakitangan BH daripada pelbagai seksyen termasuk wartawan dan jurugambar yang berkongsi tentang tugas dan peranan mereka.

Seramai 304 atlet daripada 27 sukan bakal menggalas cabaran di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, manakala 13 atlet lagi akan bertanding di Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026. Atlet lawan pedang,  Kiria Tikanah Abdul Rahman (paling kiri) berkata semangat berpasukan memainkan peranan penting dalam menghadapi kejohanan tersebut. (Dari kiri) Atlet lawan pedang, Kiria Tikanah Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Sport Singapore, Alan Goh; Chef de Mission Team Singapore, Goh Kee Nguan; Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) Grace Fu ; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Encik David Neo; Anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Ng Ser Miang; Chef de Mission Team Singapore (Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026) , Silas Abdul Razak; Penolong Chef de Mission (Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026), Fariza Zabir; Penolong Chef de Mission (Sukan Asia ke-20) Aleksandar Duric;  Kapten Pasukan Sofbol Wanita Cacia Tan dan atlet pasukan Badminton Singapura,  Zack Ng Zhen Hong.
SukanAug 29, 2026 | 5:09 PM

304 atlet S’pura sedia galas cabaran di Sukan Asia Aichi-Nagoya

Seramai 304 atlet Singapura daripada 27 sukan bakal membawa harapan negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, dengan hampir dua pertiga daripada kontinjen itu akan membuat penampilan sulung di temasya berkenaan.

Dua atlet yang dipilih untuk mengibarkan bendera Singapura di upacara pembukaan pada 19 September ialah atlet lawan pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman dan pendayung kanu Brandon Ooi Wei Cheng.

Banjir Nepal-Tibet: Lebih 160 maut, pelancong dilapor hilang termasuk warga S’pura
Play Video

Ramai kawan ‘online’, tapi belia masih sunyi?
Play Video

Perkukuh kepimpinan, perkasa belia Melayu/Islam demi masa depan S’pura
Play Video

Lebih sokongan untuk ibu bapa besarkan anak
Play Video

PM Wong gesa masyarakat beri sokongan kepada Zaqy, kepimpinan Melayu/Islam
Play Video