Pameran baju pengantin ‘Gemilang’, anjuran Full Circle Events, menampilkan 18 rekaan busana songket pengantin dalam pelbagai tafsiran tradisional dan moden. (Dari kiri) Pengasas The Wedding Brocade, Cik Siti Khadijah Ibrahim; pengasas bersama Putih Bridal, Encik Mohamad Syahrill Ahmad; dan pengasas Aura Blush Wedding Gallery, Cik Nur Zayanah Zainal.
Gaya hidupJul 7, 2026 | 5:30 AM

Gaya baru busana pengantin martabatkan nilai songket

Songket pengantin, yang sekian lama dianggap lambang tradisi dan keanggunan Melayu, kini diberi nafas baru oleh butik pengantin yang menampilkan fabrik warisan itu dalam potongan lebih moden, gaya lebih ringan dan perincian yang lebih lembut, tanpa mengetepikan nilai budayanya.

Sebanyak 18 gaya busana pengantin songket dipersembahkan di Gemilang, pameran busana pengantin anjuran sulung Full Circle Events yang berlangsung di Bay...

Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) mengumumkan pada 22 Oktober bahawa ia telah memberhentikan 38 pekerja dalam fasa kedua daripada tiga pusingan pemberhentian kerja. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada vendor dan membolehkan pasukan itu memikul tanggungjawab yang lebih besar terhadap produk mereka.
SingapuraOct 22, 2026 | 9:46 PM

GovTech hentikan 38 pekerja dalam fasa kedua penyusunan semula

Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) telah memberhentikan 38 pekerja dalam fasa kedua daripada tiga pusingan pemberhentian kerja, yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada vendor dan membolehkan pasukan itu memikul tanggungjawab yang lebih besar terhadap produk mereka.

Dalam respons kepada pihak media pada 22 Oktober, GovTech menyatakan bahawa 38 jawatan yang terjejas itu sebahagian besarnya berkait dengan kaedah penyampaian projek secara tradisional.

Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang (tengah), semasa edisi sulung siri perkongsian pemimpin oleh akhbar tabla!, ‘tabla! Leadership Exchange Series’ pada 21 Oktober.
SingapuraOct 22, 2026 | 8:49 PM

Akhbar tabla! lancar siri perkongsian pemimpin, perkukuh hubungan dua hala S’pura-India

Pemimpin perniagaan kaum India di Singapura telah berhimpun pada 21 Oktober untuk berkongsi dan membincangkan cara menangani pelbagai peraturan serta persekitaran perniagaan yang kompleks di India.

Edisi sulung siri perkongsian pemimpin oleh akhbar tabla!, ‘tabla! Leadership Exchange Series’ ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perdagangan serta hubungan dua hala antara Singapura dan India.

Cogan kata, ‘Perancis, sebuah negara polis! Macron, membutakan mata rakyat!’, dicoret pada dinding sebuah jalan di Marseille, Perancis, pada 21 Oktober. Pergolakan di serata negara itu terus memuncak berikutan bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga bahan api.
DuniaOct 22, 2026 | 8:30 PM

Perancis bergolak: Macron bidas kritikan luar, ikrar pertahan keamanan

PARIS: Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berikrar pada 21 Oktober untuk menghalang pengulangan keganasan hujung minggu lalu menjelang tunjuk perasaan yang dirancang dalam masa beberapa hari akan datang, selain membidas kenyataan sesetengah pemimpin luar berhubung pergolakan itu sebagai ‘bodoh’ dan ‘tidak boleh diterima’.

Kesatuan pelajar utama Perancis, UNEF, telah menyeru agar perhimpunan lanjut diadakan pada 24 Oktober, manakala kumpulan Yellow...

Pesuruhjaya Keselamatan Siber Singapura, Cik Gwenda Fong menggesa organisasi di Singapura untuk bertindak segera bagi menangani kerentanan kritikal dalam PHP, sebuah bahasa pengaturcaraan yang menggerakkan sebahagian besar internet.
SingapuraOct 22, 2026 | 8:18 PM

CSA: Firma di S’pura harus ambil tindakan segera perbetul kerentanan kritikal pada PHP

Organisasi di Singapura harus bertindak segera bagi menangani kerentanan kritikal dalam PHP, sebuah bahasa pengaturcaraan yang menggerakkan sebahagian besar internet, kata Pesuruhjaya Keselamatan Siber Singapura, Cik Gwenda Fong, pada 22 Oktober.

Kenyataan beliau menerusi platform LinkedIn itu menyusuli amaran daripada agensi-agensi keselamatan siber di seluruh dunia mengenai dua kerentanan kritikal yang ditemukan dalam PHP pada 21 Oktober.

Melalui Project HOPE,  hasil kerjasama oleh Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Kementerian Pendidikan (MOE), Fai (bukan nama sebenar), 46 tahun, telah dapat berhubung dengan anak perempuannya melalui panggilan video selama sejam. Panggilan video itu dapat dibuat setiap suku tahun.
SingapuraOct 22, 2026 | 7:47 PM

Projek kerjasama SPS, MOE bantu banduan didik anak dari penjara

Pada tahun pertama Fai (bukan nama sebenar) berada dalam penjara, dia mendapati anak perempuannya telah ‘hilang arah’ kerana tiada sosok ayah di sisi anaknya.

Malah, dek darah muda, anaknya itu mula terjebak dalam tabiat buruk di samping pelajarannya yang kian merosot.

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video