BUKIT MERTAJAM (Pulau Pinang): Lebih banyak pusat beli belah di Malaysia bakal melaksanakan solat Jumaat di surau-suraunya, selepas projek perintis di beberapa kawasan di Kuala Lumpur telah menunjukkan kejayaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Dr Zulkifli Hasan, berkata kerajaan sentiasa mengalu-alukan usaha mana-mana pentadbiran negeri untuk mengambil inisiatif mewujudkan surau Jumaat di pusat beli-belah sebagai usaha...





