PUTRAJAYA: Tiada sebarang undang-undang di Malaysia yang membolehkan seseorang individu yang dipenjarakan, dibebaskan daripada hukuman hanya kerana keputusan pilihan raya.
Demikian tegas Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung naratif ‘undi Barisan Nasional (BN), bebas Najib’ yang dimainkan segelintir pihak bagi menghangatkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini.





