RIYADH: Arab Saudi selesai membuat persiapan menerima kumpulan pertama jemaah umrah di bawah Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci bagi Haji, Umrah dan Ziarah yang ditaja sepenuhnya oleh Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi berkata kumpulan pertama membabitkan 250 anggota jemaah lelaki dan wanita dari 16 negara Asia dijadual tiba di Madinah...





