Pemandu yang ditangkap memegang telefon bimbit semasa memandu boleh berdepan hukuman penjara dan denda, walaupun jika tidak menggunakan telefon itu, sekiranya undang-undang baru diluluskan Parlimen.
Kesalahan baru itu adalah antara pindaan yang diusulkan kepada Akta Lalu Lintas Jalan Raya (RTA), yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada 7 Julai.





