Konflik gajah liar yang semakin kerap memasuki kampung dan merosakkan tanaman penduduk menjadi antara keutamaan calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang, Encik Mazlan Bujang, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Mantan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor itu berkata isu berkenaan kini semakin membimbangkan terutama di kampung yang terletak berhampiran kawasan...





