Singapura harus memperdalam hubungan sesama individu dan memperkukuh sifat kemanusiaan, sedang negara ini menempuhi era teknologi dipacu kecerdasan buatan (AI), kerana hubungan dan sifat sedemikian sukar ditiru oleh AI, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat.
Beliau menyebut semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam sebagai contoh yang merangkumi perkara sedemikian.





