Sebuah papan iklan memaparkan potret bekas Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, di Doha pada 12 Julai 2026, selepas pengumuman kemangkatan baginda. Sheikh Hamad dikenang sebagai antara arkitek utama pembangunan Qatar moden yang memimpin negara itu ketika era pertumbuhan ekonomi pesat. Baginda mengambil alih pemerintahan pada Jun 1995 menerusi rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah terhadap ayahandanya yang berada di luar negara. Pada Jun 2013, Sheikh Hamad mencipta sejarah apabila menyerahkan takhta secara sukarela kepada puteranya, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, sekali gus menjadi antara pemimpin Arab moden pertama berbuat demikian. – Foto AFP
DuniaJul 13, 2026 | 11:30 AM

Pemimpin Arab bersama Qatar berkabung atas pemergian Bapa Qatar Moden

DOHA: Qatar memasuki tempoh berkabung rasmi selama empat hari bermula 13 Julai susulan kemangkatan bekas Amirnya, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, yang dikenang sebagai tokoh di sebalik kebangkitan negara itu menjadi antara kuasa ekonomi dan diplomatik paling berpengaruh di dunia.

Allahyarham yang memainkan peranan besar dalam transformasi negara itu menjadi antara negara paling makmur selamat disemadikan di Doha selepas...

Imej rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan Abdali di sempadan utara Kuwait pada 12 Julai 2026. Kementerian Pertahanan Kuwait memaklumkan tiga pos kawalan sempadan serta sebuah pelantar minyak luar pesisir diserang ketika Amerika Syarikat dan Iran kembali berbalas serangan, sekali gus meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat.
DuniaJul 13, 2026 | 2:27 PM

AS lancar puluhan serangan baharu, Iran balas dengan dron

WASHINGTON/TEHERAN: Gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran semakin goyah apabila kedua-dua negara kembali melancarkan serangan ketenteraan, sekali gus mencetuskan kebimbangan konflik yang berlarutan akan terus mengancam keselamatan Selat Hormuz dan bekalan tenaga dunia.

Tentera Amerika mengesahkan ia melancarkan puluhan serangan terhadap sasaran ketenteraan Iran pada 12 Julai manakala Teheran bertindak balas dengan menghantar dron menyerang beberapa pangkalan tentera Amerika...

Piala Dunia, England, Kane, Jude Bellingham, Argentina
SukanJul 13, 2026 | 2:15 PM

Kane percaya England mampu capai tahap lebih tinggi

FLORIDA: Kapten England, Harry Kane, percaya pasukannya ‘masih mempunyai satu lagi tahap yang boleh dicapai’ sedang mereka memburu kejuaraan Piala Dunia buat kali pertama sejak 1966.

The Three Lions terpaksa mengharungi masa tambahan sebelum menewaskan Norway 2-1 pada Sabtu.

Askar Israel mengawasi sekumpulan penduduk haram Israel yang menyertai lawatan mingguan di Hebron, Tebing Barat yang diduduki, pada 11 Julai 2026. Ketika Israel meneruskan peluasan penempatan di wilayah Palestin yang diduduki, kumpulan hak asasi Ir Amim memberi amaran mengenai rancangan membina 450 unit rumah penempatan baharu di Umm Lison, Baitulmakdis Timur, yang dikhuatiri akan mengubah komposisi penduduk serta meningkatkan ketegangan antara penduduk Palestin dan pendatang haram  Israel.
DuniaJul 13, 2026 | 2:08 PM

Israel lulus projek 450 rumah penempatan baharu di Baitulmakdis Timur

BAITULMAKDIS: Pihak berkuasa Israel meluluskan rancangan membina kira-kira 450 unit rumah penempatan baharu di kawasan kejiranan Palestin di Umm Lison, Baitulmakdis Timur yang diduduki, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa projek itu akan mengubah komposisi penduduk serta meningkatkan ketegangan di kawasan berkenaan.

Kumpulan hak asasi Israel, Ir Amim, berkata Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Daerah Baitulmaqdis meluluskan projek berkenaan selepas ia tertangguh...

Syed Saddiq, bebas mahkamah, kes mahkamah
MalaysiaJul 13, 2026 | 2:04 PM

AP Muar Syed Saddiq kekal bebas

Penantian enam tahun berakhir buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, apabila beliau kekal bebas sepenuhnya selepas Mahkamah Persekutuan pada 13 Julai, mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel hakim mendapati Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang betul dalam membebaskan Syed Saddiq pada 2025, daripada pertuduhan bersubahat, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang...

Kemudahan baharu seluas 80,000 kaki persegi ini menyediakan gelanggang bagi pelbagai sukan, termasuk gelanggang futsal, dewan badminton dan gelanggang bola pikel.
SingapuraJul 13, 2026 | 2:03 PM

Cawangan baru The Sports Arina di Jalan Kayu tawar gelanggang tertutup bagi pelbagai sukan

Sejak pembukaan awal The Sports Arina (TSA) @ Jalan Kayu pada Mei lalu, hampir setiap hari Encik Masri Abdul Rahman mengunjungi lokasi tersebut untuk bermain bola pikel, malah adakalanya beliau mengunjunginya sehingga dua kali sehari.

Oleh kerana kemudahan yang dilengkapi 10 gelanggang bola pikel berhawa dingin itu terletak berhadapan dengan rumahnya, ia kini menjadi lebih mudah bagi penjawat awam tersebut...

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video

[BHGN 3] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video

[BHGN 2] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video