WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di negeri Utah selepas didakwa menikam seorang pekerja kiosk Muslim sebanyak 15 kali di sebuah pusat beli-belah dalam serangan yang dipercayai bermotifkan kebencian terhadap agama Islam.
Polis berkata suspek, Peter Michael Larsen, mengaku menyasarkan mangsa kerana mangsa beragama Islam dan turut membuat kenyataan bahawa dia “berhasrat membunuh orang Islam”, sekali gus mencetuskan kebimbangan...





