Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, dengan pelan induk kawasan itu akan diteliti bagi memastikan segala perancangan selari dengan agenda pertumbuhan ekonomi negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tiram, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman, berkata langkah itu penting bagi membolehkan kawasan Tiram meraih manfaat daripada pembangunan pesat yang bakal dibawa menerusi...





