Seramai 93 pegawai Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) telah dimaklumkan bahawa mereka akan diberhentikan kerja pada 15 Julai.
Mereka merupakan kumpulan pertama yang terjejas oleh latihan penyusunan semula yang dijalankan oleh lembaga berkanun itu dalam tiga fasa secara bertahap sepanjang dua tahun akan datang.





