Satu kejadian pengeboman oleh tentera Filipina terhadap kem Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) lebih lima dekad lalu menjadi titik perubahan yang mengubah cara Kardinal Orlando Beltran Quevedo melihat hubungan antara masyarakat Islam dengan Kristian.
Ia sekali gus mencetuskan usaha dialog antara agama yang akhirnya membawa beliau menerima Anugerah Keharmonian dalam Kepelbagaian.





