Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya selepas lebih sedekad dikuasai Pakatan Harapan (PH) membuktikan pengundi kini lebih mengutamakan calon yang dekat dengan rakyat berbanding semata-mata memilih parti politik.
Bendahari Agung, Persatuan Cina Malaysia (MCA), Encik Tan Tuan Peng, berkata kemenangan itu menjadi petunjuk bahawa pengundi, khususnya masyarakat Cina di kawasan bandar, semakin menilai...





