Bukan sekadar melakukan sesuatu dengan lebih baik, Singapura juga perlu meneroka cara “melakukan perkara yang lebih baik” dengan mengenal pasti senario baharu, membayangkan ancaman sebelum ia muncul, dan membangunkan konsep operasi baharu yang belum dijangka oleh pihak lawan.
Demikian kata Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya semasa Simposium Inovasi IGNITE 2026 (IIS26)...





