Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (depan, kanan), dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPIS, Cik Aidaroyani Adam (belakang, berbaju merah), bergambar bersama hadirin semasa pelancaran program, ‘PPIS Women LeadHers’,  pada 16 Julai.
SingapuraJul 16, 2026 | 8:27 PM

Program baharu PPIS perkasa wanita, luaskan rangkaian sokongan

Program pembangunan kepimpinan baharu bagi memperkasa kaum wanita menerusi akses lebih luas kepada bimbingan, rangkaian serta peluang kepimpinan bagi meningkatkan mobiliti sosial dan pembangunan kerjaya telah dilancarkan.

Program, PPIS Women LeadHers oleh PPIS, yang dibangunkan dengan kerjasama Maybank Singapura dan firma perunding sejagat, Korn Ferry, bertujuan mengukuhkan mobiliti sosial serta memperluas laluan kepimpinan bagi wanita.

Ketua Pegawai Pelaburan VP Bank, Dr Felix Brill (kiri), dan Dekan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Joseph Liow pada acara ‘H2 CIO Outlook’, anjuran bank tersebut.
SingapuraJul 16, 2026 | 9:26 PM

S’pura harus terus perkukuh status sebagai hab dipercayai di tengah ketegangan AS-China

Ketegangan geopolitik mengancam untuk mengganggu perdagangan sejagat.

Dalam keadaan sebegini, Singapura “tiada pilihan” selain terus memperkukuh identitinya sebagai hab sejagat yang dipercayai dan tidak berpihak pada mana-mana pihak.

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kiri); dan isterinya, Cik Ho Ching (kiri); menjamu selera pada sesi minum petang bersama Menteri Hal Ehwal Luar Brunei, Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen (dua dari kanan); dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Muda Abdul Malik (kanan); pada 16 Julai. Turut bersama mereka ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming.
SingapuraJul 16, 2026 | 9:00 PM

SM Lee temu Putera Brunei, ucap tahniah atas pelantikan baharu

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, menghadiri jamuan teh bersama dua putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Malik, dan Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen pada 16 Julai.

Dalam pertemuan itu, beliau turut melahirkan ucapan tahniah kepada Pengiran Muda Abdul Malik dan Putera Mateen, atas pelantikan mereka sebagai Menteri dalam kepimpinan kerajaan Brunei Darussalam.

Lawatan negara ke M’sia, Presiden Tharman,  hubungan penting, kukuh M’sia-S’pura
SingapuraJul 16, 2026 | 8:30 PM

Lawatan negara Presiden Tharman cermin hubungan penting, kukuh M’sia-S’pura

Presiden Tharman Shanmugaratnam, baru-baru ini membuat lawatan negara pertama ke Malaysia, menyifatkan Singapura dan Malaysia “mempunyai fikiran serupa”, serta menggambarkan keutuhan hubungan dua hala dalam pelbagai perkara.

Tuan Presiden turut menyifatkan kunjungannya itu sebagai lawatan “timbal balas yang menepati tuntutan dan bersandarkan nilai teras”, sambil memberi penekanan bahawa Singapura dan Malaysia “berada di kedudukan lebih baik apabila kita bekerjasama dan...

Lee Shin Nan pada 16 Julai menghadapi lima pertuduhan, termasuk masing-masing satu pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan memandu kereta walaupun telah hilang kelayakan untuk memandu.
SingapuraJul 16, 2026 | 8:18 PM

Lelaki yang dilarang memandu seumur hidup pada 2023 didakwa memandu mabuk lagi

Seorang lelaki yang dikenakan larangan memandu seumur hidup pada 2023 selepas tiga sabitan memandu dalam keadaan mabuk, sekali lagi didakwa mengulangi kesalahan itu pada 2025.

Pada 16 Julai, Lee Shin Nan, 49 tahun, menghadapi lima pertuduhan, termasuk memandu dalam keadaan mabuk dan memandu walaupun telah hilang kelayakan memandu.

Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura, sokongan, peniaga setempat
SingapuraJul 16, 2026 | 7:50 PM

Sektor runcit, F&B S’pura perlu sokongan hadapi impak Laluan RTS

Pemerintah Singapura dan pihak industri disaran memperkenalkan skim baucar baharu yang diperluas bagi mendorong orang ramai berbelanja dalam sektor runcit serta makanan dan minuman (F&B) tempatan, dengan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura bakal siap pada Januari 2027.

Langkah ini perlu diambil, selain sokongan dalam menawarkan barangan yang lebih kukuh, terutamanya dalam kategori dan di sekitar lokasi yang paling...

Lain macam 'souvenir' Haaland bawa balik dari World Cup 2026
Play Video

Selepas 30 tahun ‘hilang’, bekas atlet istimewa ski air S’pura kini pelukis jalanan di KL
Play Video

Ikhlas tak boleh bayar bil?: Penting lahirkan asatizah berjiwa usahawan
Play Video

Adakah masyarakat Melayu/Islam bersedia bagi masa depan yang dipacu AI?
Play Video

BH Jelaskan: Bolehkah petir menyambar walaupun tak hujan?
Play Video