DENPASAR: Seorang lelaki warga Singapura ditahan polis Indonesia selepas disyaki membunuh teman wanitanya di sebuah rumah sewa di Denpasar, Bali.
Dia kemudian dikatakan menyembunyikan mayat mangsa selama beberapa hari dengan menutupnya menggunakan patung permainan dan permaidani.





