OTTAWA (Canada): Lebih 800 kebakaran hutan yang masih marak di seluruh Canada mencetuskan krisis mutu udara sehingga asap tebal merebak ke beberapa negeri di Amerika Syarikat, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran kesihatan dan membatalkan pelbagai kegiatan luar.
Asap daripada kebakaran itu menyelubungi bandar utama termasuk Toronto, Detroit, Chicago, New York dan kawasan New England, menyebabkan indeks mutu udara meningkat ke...





