Pengguna kad DBS atau POSB boleh menikmati diskaun $3 untuk jenama beras dan telur terpilih di pasar raya Giant dan Sheng Siong pada Sabtu di serata negara di bawah promosi baharu.
Dilancarkan pada 18 Julai, promosi di bawah program DBS Saturday Savings oleh bank terbesar di Singapura itu akan berlangsung setiap Sabtu hingga 29 Ogos.





