MEDAN: Polis Sumatera Utara mengerahkan ratusan anggota ke stesen minyak di serata wilayah itu bagi mengawal keadaan susulan krisis bekalan bahan api yang berlarutan sejak lebih seminggu yang menyaksikan barisan kenderaan mencecah 13 kilometer di beberapa lokasi.
Lebih 780 anggota polis ditempatkan di 325 stesen minyak secara bergilir selama 24 jam bagi memastikan keselamatan awam, mengawal aliran trafik dan mengelakkan...





