Kerajaan Johor memperuntuk RM50 juta ($15 juta) bagi melaksanakan kerja mengecat flat kos rendah, flat kos sederhana rendah swasta dan flat awam di seluruh negeri, yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 46,772 penduduk daripada golongan B40 (bergaji rendah).
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata program berkenaan melibatkan 170 blok dengan 11,693 unit kediaman...





