Dalam usaha mempertahankan penguasaan dan pemerintahan di Negeri Sembilan, Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, dengan menjanjikan peningkatan peluang pekerjaan, kemudahan perumahan dan pembangunan ekonomi untuk tempoh lima tahun akan datang.
Manifesto yang menggariskan 10 komitmen utama PH bertema, ‘Kekal Harapan’ dan ‘Negeri Sembilan Maju 2045’ pada malam 20 Julai itu, dilancarkan Pengerusi PH Negeri...





