JAKARTA: Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang untuk menubuhkan sebuah pusat kewangan antarabangsa, dengan Pulau Bali disenaraikan sebagai antara lokasi yang dipertimbangkan bagi menarik pelaburan asing dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara oleh Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) pada 21 Julai dan memperuntukkan penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Indonesia (PFII), selain menetapkan rangka kerja institusi serta pelbagai insentif...





