Biro Narkotik Pusat (CNB) akan melancarkan Narconet pada hujung Julai, sebuah wadah berteknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengesan, menandakan dan merumuskan maklumat berkaitan kegiatan dadah daripada sumber teks, audio dan video yang terkandung dalam peranti digital tempatan.
Narconet merupakan salah satu daripada tiga inovasi teknologi baharu bawah pelan CNB 2030, yang bertujuan meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti biro tersebut...





