JOHOR BAHRU: Pelantikan 10 Timbalan Exco Kerajaan Johor disifatkan sebagai bukti kerajaan negeri itu terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan membina daripada pelbagai pihak, termasuk golongan belia.
Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Encik Mohamad Alif A. Rahim, berkata cadangan supaya jawatan Timbalan Exco diwujudkan pernah dibangkitkan pada Majlis Perundingan Belia Negeri Johor 2023 sebagai usaha memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri.





