Setelah memerhati jumlah jemaah masjid di Singapura berkurangan sebaik sahaja Ramadan berakhir, Tengku Muhammad Hafidzuddin Tengku Ibrahim mengambil peluang untuk menjadikan kehadiran ke masjid sebagai satu kebiasaan sepanjang tahun, bukan amalan yang bermusim.
Atas tujuan itu, beliau yang berusia 34 tahun, membangunkan GoMosque.sg, sebuah aplikasi untuk mengekalkan tabiat ke masjid sepanjang tahun.





