WASHINGTON: Presiden Donald Trump meletakkan syarat baharu terhadap perjanjian kerjasama nuklear antara Amerika Syarikat dan Arab Saudi apabila mengumumkan bahawa pelaksanaan perjanjian itu hanya akan diteruskan jika Riyadh bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel menerusi Perjanjian Abraham.
Pengumuman mengejut itu dibuat kurang 24 jam selepas kedua-dua negara menandatangani perjanjian kerjasama nuklear awam yang sebelum ini dipuji Rumah Putih sebagai satu...





