Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pertuturan bagi Cik Anis Qurratu’aini Azman, malah ia membentuk jati diri dan menjadi asas kepada perjalanan seninya sejak kecil.
Membesar dalam keluarga yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian, penyampai radio sambilan berusia 36 tahun itu berkata kecintaannya terhadap bahasa ibunda dipupuk secara semula jadi melalui persekitaran di rumah.





