JAKARTA: Polis Indonesia menamakan tujuh suspek berhubung insiden pergaduhan maut yang tercetus akibat pertikaian ketika membeli nasi uduk (nasi yang ditanak dengan santan) di Jalan Tambak, Menteng, Jakarta Pusat, yang mengorbankan seorang lelaki dan menyebabkan seorang lagi cedera parah.
Pihak berkuasa berkata siasatan dibahagikan kepada dua kes berasingan, iaitu membabitkan perbuatan merosakkan gerai penjaja serta serangan berkumpulan yang mengakibatkan kematian...





