BANGKOK: Pihak berkuasa Bangkok mengarahkan 79 pusat hiburan dan premis seumpamanya menghentikan operasi selepas pemeriksaan besar-besaran mendapati sebahagian premis gagal mematuhi syarat keselamatan serta pelesenan susulan kebakaran maut di sebuah dewan bir di daerah Lat Phrao awal Julai.
Kempen pemeriksaan yang dijalankan antara 19 dengan 26 Julai itu meliputi 865 premis, iaitu kira-kira 72 peratus daripada keseluruhan 1,204 pusat hiburan...





