..
..
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melaporkan keuntungan bersih sebanyak $20 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, sedang keuntungan pelaburan berjaya mengatasi kesan negatif daripada dolar Singapura yang lebih kukuh.
Angka ini meningkat berbanding keuntungan bersih $19.7 bilion bagi tahun kewangan sebelumnya (2025).
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing berakhir pada 5 petang, 28 Julai.
Semua 38 pusat mengundi awal di seluruh Negeri Sembilan ditutup pada 5 petang, sebaik tamat waktu pengundian awal yang dibuka untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama...
Selepas menyaksikan tiga datuk saudaranya diserang angin ahmar semasa pandemik Covid-19, Cik Nurshirah Tabrani, 30 tahun, mula menyedari betapa bertuahnya mereka yang mampu menggerakkan bibir, lidah dan rahang untuk bertutur.
Melihat lelaki yang dahulunya kuat, dan kini bergelut untuk berkomunikasi menyedarkannya bahawa keupayaan bertutur berkait rapat dengan identiti dan maruah seseorang.
Membesar melihat deretan model kapal terbang Singapore Airlines (SIA) yang tersusun di tempat letak televisyen di rumahnya, Encik Haqqan Yaqeen Abdul Rahim, 21 tahun, menganggap ia sesuatu yang menarik.
Dibesarkan dalam keluarga yang menceburi bidang penerbangan, beliau sering mendengar kisah pengalaman arwah datuknya, Encik Mohamoad Walat, yang telah berkhidmat dalam syarikat pengendali kargo udara, khidmat darat dan katering dalam penerbangan,...
Gabungan calon berpengalaman dan muka baharu, termasuk yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya, menjadi taruhan parti politik yang bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Dengan hari pengundian yang semakin hampir pada 1 Ogos, calon muda dan muka baharu, meskipun masih kurang pengalaman dalam arena politik, turut tampil dengan iltizam yang tinggi serta visi untuk membawa pembaharuan...





