HANOI: Vietnam mencipta sejarah dalam bidang perubatan apabila berjaya melaksanakan pemindahan zakar pertama negara itu menggunakan organ daripada penderma yang disahkan mati otak, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pembangunan pembedahan pemindahan tisu kompleks.
Kejayaan itu diumumkan Hospital Persahabatan Viet Duc di Hanoi pada Rabu, dengan pihak hospital menyifatkannya sebagai pencapaian penting yang bukan sahaja memulihkan kehidupan seorang pesakit, malah...





