Gelombang kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada warisan budaya Melayu, sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin untuk mendekatkan masyarakat, khususnya golongan muda, kepada bahasa Melayu.
Dalam pada itu, para penggiat seni dan rakan kerjasama Bulan Bahasa digalakkan memanfaatkan teknologi dalam menghasilkan kandungan yang dapat menghidupkan bahasa Melayu, sambil menekankan bahawa penggunaan AI perlu dilakukan secara...





