Kerajaan Johor akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi merangka usaha membaik pulih dan membangunkan semula Xtreme Park Kluang yang telah lama terbengkalai supaya dapat digunakan semula oleh masyarakat, khususnya golongan belia.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Syed Hussien Syed Abdullah, berkata cadangan terperinci mengenai pembangunan semula kawasan itu dijangka dibentangkan kepada kerajaan negeri...





