NDP 2026, Stadium Negara, bunga api, Majulah Singapura,
SingapuraAug 9, 2026 | 9:18 PM

S’pura ‘terbang tinggi’ sambut Hari Kebangsaan ke-61

Langit malam bermandi cahaya gemerlapan apabila bunga api semarak dengan penuh warna-warni, menerangi Stadium Negara dalam lautan merah dan putih, sedang ribuan penonton yang hadir berseragam pakaian warna kebangsaan bersorak meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-61.

Perayaan penuh bersejarah pada 9 Ogos itu menandakan kepulangan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) ke Stadium Negara buat julung-julung kalinya dalam tempoh sedekad.

Ratusan orang ramai yang berkumpul di kawasan sekitar Kallang Basin enggan melepaskan peluang merakam pertunjukan bunga api sempena Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 9 Ogos 2026. Ada yang sudah bersiap dengan telefon bimbit masing-masing, menantikan detik bunga api menerangi langit malam.
SingapuraAug 9, 2026 | 10:13 PM

Merah putih warnai Stadium Negara, Kallang Basin

Sempena ulang tahun ke-61 Singapura pada 9 Ogos, rakyat Singapura berpusu-pusu di luar dan di dalam Stadium Negara demi merayakan kemerdekaan negara tercinta bersama.

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2026 yang diadakan di Stadium Negara pada 9 Ogos, dijayakan oleh lebih 2,600 peserta dan 36 artis sambil menampilkan enam babak berbeza.
SingapuraAug 9, 2026 | 8:57 PM

Perbarisan, persembahan, sorakan gegar Stadium Negara

Suasana yang riuh dengan sorakan dalam Stadium Negara berterusan sehingga sekitar 6.30 petang.

Komander Perbarisan kemudian memberikan arahan untuk kontinjen perbarisan mula berarak masuk.

Perbarisan Hari Kebangsaan 2026, sejarah maritim Singapura, nostalgia TV Singapura
SingapuraAug 9, 2026 | 8:45 PM

Persembahan NDP 2026 imbau sejarah maritim, nostalgia TV

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP 2026) menampilkan segmen persembahan yang dibahagikan kepada enam babak, berteraskan tema ‘Majulah Singapura, Go Beyond!’, yang disertai lebih 2,600 peserta persembahan dan 36 artis.

Ia membawa mesej bahawa dengan keberanian, daya tahan dan semangat kebersamaan, rakyat Singapura mampu terus melangkah maju dan mencipta masa depan bersama.

NDP 2026,  Tanjong Rhu Promenade, NDP 2026,  Tanjong Rhu Promenade,  luar Stadium Negara
SingapuraAug 9, 2026 | 8:41 PM

‘Cop’ tempat di sekitar Kallang Basin demi dekati ‘bahang’ NDP

Meskipun gagal mendapatkan tiket untuk menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Stadium Negara pada 9 Ogos, Cik Nor Haslinda Suhaimi dan keluarganya tetap ‘turun padang’ – lebih tepat lagi ke Tanjong Rhu Promenade.

Beliau, 34 tahun, dan sekitar 15 anggota keluarganya berkumpul di situ sejak sekitar 2 petang untuk bersama-sama menyaksikan NDP dari seberang Kallang Basin.

Nursarina Salim, Nurkiswa Luna Mohamed Azdar, Hari Kebangsaan Singapura, NDP 2026, tiket NDP
SingapuraAug 9, 2026 | 7:54 PM

Peluang tonton langsung NDP 2026 bagai bulan jatuh ke riba

Panas dan bahang bukan penghambat bagi sekitar 42,000 ribu penonton yang ghairah ingin meraikan ulang tahun ke-61 Singapura pada 9 Ogos di Stadium Negara.

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2026 kembali ke lokasi ikonik itu setelah sedekad, dan memberi peluang untuk menghimpunkan lebih ramai penonton, berbanding sekitar 27,000 penonton di Padang pada 2025.

Bakat cilik ukir kenangan buat persembahan kali pertama di NDP
Play Video

Pertunjukan bunga api NDP 2026
Play Video

Najip Ali, Hafidz Rahman hidupkan nostalgia televisyen tempatan
Play Video

0908_WhyRed_02
Play Video

Pilihan terhad dorong ibu hasilkan biskut laktasi diyakini
Play Video