RAMALLAH: Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengumumkan pertandingan bola sepak domestik akan kembali berlangsung mulai 4 September selepas terhenti hampir tiga tahun akibat perang di Gaza yang menjejaskan kegiatan sukan Palestin.
Presiden PFA, Encik Jibril Rajoub, berkata pertandingan pertama selepas tempoh panjang itu dinamakan ‘Piala Seribu Syuhada’, bagi memperingati 1,014 atlet Palestin yang menurut persatuan tersebut terbunuh sejak perang Gaza...




