SHAH ALAM: Kawalan keselamatan lebih ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendorong sindiket dadah antarabangsa menggunakan lapangan terbang antarabangsa lain di Malaysia sebagai laluan alternatif untuk menyeludup keluar dadah ke pasaran Eropah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata perkara itu terbongkar menyusuli kejayaan polis merampas kira-kira 270 kilogram bunga ganja bernilai...





