Sebelum sepak mula, edisi sulung Piala Asean Fifa menerima satu lagi tamparan apabila India, yang menduduki tangga ke-138 dunia, mengumumkan penarikan diri daripada kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 24 September hingga 3 Oktober.
Menurut beberapa media India, Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) memutuskan untuk menarik diri kerana pasukan negara itu akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa pertama menentang juara dunia...





