JAKARTA: Tindakan menawarkan minuman keras percuma sebagai ganjaran kepada pengunjung yang membaca surah Al-Quran di sebuah festival muzik di Jakarta mencetuskan kemarahan ramai, sehingga membawa kepada siasatan polis berhubung dakwaan menghina agama.
Insiden itu berlaku di ruang pameran jenama minuman beralkohol Newport semasa festival muzik The Sounds Project di Ancol, Jakarta Utara, pada 9 Ogos lalu.





