Malaysia, Tabung Haji, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, rasuah
MalaysiaAug 14, 2026 | 2:23 PM

SPRM buka 14 kertas siasatan kes Tabung Haji

KUCHING: Sebanyak 14 kertas siasatan termasuk lapan yang baru, dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyusuli pelbagai kelemahan dikesan menerusi pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.

Sepanjang tempoh dua minggu siasatan berlangsung setakat ini, SPRM menyerbu sekurang-kurangnya 28 premis, sebahagian besarnya di Lembah Klang, yang membawa kepada sitaan pelbagai dokumen dengan tujuh tangkapan suspek, termasuk lima direman,...

penyu sisik, penyelamat penyu, Pulau Subar Darat
SingapuraAug 14, 2026 | 9:12 PM

Penyu sisik terancam dilepaskan di kawasan laut Pulau Subar

Seekor penyu sisik atau hawksbill turtle telah mengeluarkan 97 telur yang terlalu dekat dengan paras air di Pulau Subar Laut (Big Sisters’ Island) pada Jun, menyebabkan sarangnya terdedah kepada ancaman seperti kelemasan apabila air pasang.

Namun, dengan bantuan Lembaga Taman Negara (NParks), 42 anak penyu akhirnya berjaya keluar dari cangkerang mereka, dan masuk ke perairan di Pulau Subar pada 13...

Piala Asean Hyundai, S’pura, Thai, Gavin Lee, Ilhan Fandi
SukanAug 14, 2026 | 7:47 PM

Singa bersemangat jelang hadapi skuad Thai yang gagah

Rentetan perlawanan tanpa kalah di peringkat kumpulan telah mengubah tanggapan terhadap skuad Singapura, sekali gus menyemarakkan semula keyakinan penyokong selain meningkatkan kepercayaan diri dalam kalangan pemain.

Selepas menewaskan Kemboja dan Timor-Leste sebelum mengikat juara bertahan Vietnam serta Indonesia, Singa kini berdepan cabaran terbesar dalam kempen Piala Asean Hyundai apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Thailand pada aksi pertama separuh akhir...

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran hutan dan tanah di Palem Raya, Kabupaten Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia, pada 13 Ogos 2026. Musim kemarau yang semakin buruk akibat fenomena El Nino mencetuskan kebakaran tanah dan gambut secara meluas, dengan puluhan ribu hektar kawasan terjejas di Sumatera Selatan. Kebakaran turut menyebabkan mutu udara merosot dan jerebu menyelubungi beberapa kawasan, termasuk di negara jiran Malaysia.
DuniaAug 14, 2026 | 7:30 PM

Indonesia perangi kebakaran hutan ketika kemarau ‘Godzilla El Nino’ semakin buruk

Ketika musim kemarau mencapai kemuncaknya, diburukkan lagi oleh fenomena yang digelar “Godzilla El Nino” dan perubahan iklim akibat kegiatan manusia, Indonesia kini berdepan kebakaran hutan dan tanah yang meluas di banyak kawasan, selain kemerosotan mutu udara di beberapa tempat.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) menganggarkan kemarau tahun 2026 ini berpotensi menjadi semakin buruk apabila mencapai tahap paling kuat...

Prabowo Subianto, pencapaian pemerintah Indonesia, ekonomi Indonesia
DuniaAug 14, 2026 | 6:53 PM

Prabowo bentang pencapaian pemerintah selepas 21 bulan pimpin Indonesia

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, berkata pemerintahannya berjaya menangani beberapa masalah berpanjangan sepanjang 21 bulan memimpin negara itu, termasuk meningkatkan tahap sara diri makanan dan tenaga, sambil yakin ekonomi Indonesia mampu tumbuh 6 peratus menjelang akhir 2026.

Dalam ucapan kenegaraan keduanya pada 14 Ogos, menjelang sambutan ulang tahun ke-81 kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, Encik Prabowo, berkata pemerintahannya sudah...

Hari Kebangsaan Singapura, peserta Hari Kebangsaan, adik beradik penari
Mata-mataAug 14, 2026 | 6:52 PM

Tiga beradik curi masa di celah kesibukan demi semarakkan pentas NDP

Selama bertahun-tahun, Cik Sumaiyah Juraimi dan adik-beradik kembarnya, Cik Lina Nadhirah Abdullah dan Cik Lina Nadzirah Abdullah, sanggup meluangkan sebahagian besar hujung minggu mereka menjalani latihan untuk Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura (NDP).

Cik Sumaiyah telah menjadi peserta kumpulan tarian yang menyerikan persembahan Hari Kebangsaan selama 10 tahun, manakala Cik Nadzirah selama sembilan tahun dan Cik Nadhirah selama tujuh tahun.

Bakat cilik ukir kenangan buat persembahan kali pertama di NDP
Play Video

Pertunjukan bunga api NDP 2026
Play Video

Najip Ali, Hafidz Rahman hidupkan nostalgia televisyen tempatan
Play Video

0908_WhyRed_02
Play Video

Pilihan terhad dorong ibu hasilkan biskut laktasi diyakini
Play Video