AYER KEROH: Kerajaan Perpaduan kini diuji oleh pihak yang didakwa mengamalkan politik ‘talam dua muka’ dan meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat serta negara.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Muhammad Kamil Abdul Munim, yang membuat kenyataan itu, mendakwa pihak tertentu ‘berselingkuh secara terbuka’ ketika kepimpinan negara sedang berusaha membina semula keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa...





